RM 0.00
daripada sasaran RM 6,441.800
penyumbang59
hari lagiAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kelab JASA akan menganjurkan “JASA’S Ensinoverse Exploria : Where Dream Meets Discovery” untuk pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6 daripada SK(A) Bukit Kemandol. Program ini merupakan inisiatif pendidikan JASA yang memberi 40 orang pelajar peluang meneroka pelbagai bidang kerjaya melalui pengalaman pembelajaran interaktif di KidZania. Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang dunia kerjaya, mengasah kemahiran insaniah, dan menyemai cita-cita tinggi dalam diri. Di samping itu, JASA’S Ensinoverse Exploria memerlukan bajet sebanyak RM6,442.80 bagi menampung kos pelaksanaan program, termasuk kos tiket KidZania, makanan dan minuman, nametag, button badge, banner, serta perbelanjaan kontingensi. Dengan sokongan yang diberikan, program ini diharapkan dapat mewujudkan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta membimbing pelajar Orang Asli SK(A) Bukit Kemandol meneroka potensi dan aspirasi masa hadapan mereka.
TARIKH: 10 October 2026
TEMPOH: 1 hari
TEMPAT: KidZania, Curve Nx, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Sasaran Kutipan: RM6,442.80
Ribuan terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran pahala yang melimpah-ruah serta rezeki yang diberkati. Mohon doakan program kami berjalan dengan lancar. Jika terdapat lebihan kutipan derma untuk program ini, akan kami salurkan ke program seterusnya.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
30 Aug 2026

