RM 0.00
daripada sasaran RM 800.000
penyumbang29
hari lagiHi, nama saya Aina. Kucing saya namanya hangus, eksiden di bahagian muka, 3 April 2026. 3 April saya dah bawak hangus ke klinik, di diagnosis yang rahang dia ada kemungkinan patah, dan dia tercungap² tak boleh bernafas sebab darah stuck dekat hidung. Dr bagi drip and painkiller, and hangus warded satu malam dekat situ untuk pantauan. Kos dekat klinik ni total dia RM 246.
4 April 2026,
Saya bawak hangus ke klinik lain untuk buat x-ray, klinik sebelum ni dia tak provide service tu, dah cek klinik baru ni, Dr. bagitau yang hangus ni lelangit dia terbelah dua, that's why dia susah nak bernafas, untuk makan minum Dr for now tak suggest sebab ia akan keluar balik dari hidung hangus and boleh bawak ke infection.
For now, hangus kene stay dekat oxygen chamber untuk bantu dia bernafas, tak boleh nak buat surgery terus sebab keadaan hangus ni belum stabil lagi, jadi Dr suggest 5 hari untuk stabilkan dia, after that baru boleh go to the next step which is surgery lelangit dia.
Di sebabkan perlu warded untuk 5 hari, total kos reach RM1,000. RM200 saya dah bayar as deposit, jadi saya perlukan pertolongan untuk membayar baki lagi RM800.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
04 Apr 2026

